Sunday, May 3, 2009

Gambar Persekitaran & Binaan di dalam kawasan Wat Deva Raja Banphot

Pemandangan dan Binaan diatas puncak bukit Wat Deva Raja Banphot


Sisa2 runtuhan binaan lama yang dipercayai berusia lebih dari 100 tahun dan kini batu2 yang kelihatan kekuningan di dalam gambar ini kian lenyap diselaputi akar pohon Bo yang kian membesar.


Sisa tinggalan lama yang nampak kekuningan ini dipercayai tapak asal wat yang berada di atas bukit Wat Deva Raja Banphot yang dikatakan telah dibina oleh pembesar dan Raja Siam ketika memerintah utara Tanah Melayu suatu masa dahulu. Diharap suatu hari nanti akan ada pakar archaelogy atau antikuiti muzium yang akan membuat kajian tentang wat purba ini.



Ramai yang mendakwa kawasan tinggalan wat purba ini 'saksit' (keramat) dan keras tempatnya. Seperti yang diceritakan oleh penduduk kampung, pernah ada orang cuba bermain judi di kawasan ini tetapi telah diganggu oleh sesuatu yang aneh sehingga semuanya lari bertempiaran.



Pohon Bo yang diselimuti kain kuning ini semakin membesar sehinggakan batu2 purba berwarna kekuningan itu kian lenyap di telan pohon Bo.




Phra Sunthorn atau dikenali oleh sesetengah orang sebagai Luang Phor Sunthorn kini mendiami di tengah2 tinggalan batu2 purba yang kian lenyap ditelan pohon2 Bo yang kian membesar dan tumbuh hijau merendang di atas bukit Wat Deva Raja Banpot.



Phra Cinnarat dan binaan bertiang empat ini merupakan antara binaan terawal yang ada di atas bukit Wat Deva Raja Banphot ini.

Luang Phor bersemadi di dalam binaan berbentuk gua di atas bukit Wat Deva Raja Banphot..ramai orang yang berhajat di sini...dengar kata ramai yang hajat mereka dimakbulkan oleh Luang Phor. Samadhi (Meditation) di sini amat mendamaikan terutamanya pada waktu malam.


Nang Kuan Yin (Goddes of Mercy) ini merupakan sumbangan dari seorang 'devotees' dari Pulau Pinang. Struktur Kuan Yin ini diperbuat dari fiber dan di datangkan khas dari Vietnam. Struktur yang melindungi Kuan Yin ini merupakan stuktur yang menggunakan corak dan kesenian Thai menggunakan khidmat pakar dari Thailand. Kos pembinaan struktur ini dalam lingkungan RM8O,OOO dan ianya didermakan oleh ramai 'devotees' yang dermawan. Wat Deva Raja Banphot mengucapkan jutaan terimakasih atas sumbangan dari semua sehingga menjayakan perasmian Kuan Yin(Goddes of Mercy) oleh wakil dari YB Datuk Ong Kar Chuan selaku Ketua MCA Perak. Semasa majlis perasmian, Datuk Ong Kar Chuan telah menderma RM30,000 kepada Wat Deva Raja Banphot.





Phra Phrom dan binaan senibina Thai ini merupakan struktur terkini yang ada di atas bukit Wat Deva Raja Banphot ini. Ianya didermakan oleh salah seorang 'devotees' yang dermawan dan beliau sentiasa membantu wat kecil dan terpencil ini yang serba kekurangan dari banyak segi.



Ini merupakan pandangan dari atas bukit wat. Di pertengahan bukit ini terbinanya 'kutti' dewan sembahyang yang amat kecil dan cuma boleh menampung lebih kurang 50 orang 'devotees'. Keadaan 'kutti' ini amat daif dan terlalu lama, ianya perlu diperbaiki ataupun dibina semula sebuah dewan yang lebih besar ataupun bangunan 'kuti' untuk menampung jumlah 'devotees' yang kian bertambah. Diharap ada dermawan atau pun NGO yang sudi untuk membantu wat ini membina sebuah 'kutti' yang baru. Anggaran kos pembinaan dalam RM300,000. Sumbangan boleh disalurkan kepada Phra Sumetho (Chao Boy) selaku Ketua Sami Wat Deva Raja Banphot yang sah. Chao Boy boleh dihubungi dengan telefon 016-5062092 atau 017-5093406.




Ini merupakan tempat tinggal sami yang amat daif, kecil, dan akan dimasuki air ketika hari hujan lebat. Jika bangunan baru 2 tingkat dapat dibina, maka bahagian atas dapat digunakan untuk penginapan sami dan bahagian bawah dapat dijadikan sebagai dewan sembahyang untuk orang - ramai.





Gambar atas merupakan tempat penyimpanan tulang orang mati yang memilih untuk bersemadi di Wat Deva Raja Banphot, Pondok Tanjung. Ianya dibina sendiri oleh orang individu dan waris2 mereka dengan menggunakan duit mereka sendiri. Setakat ini Wat tidak mempunyai 'crematorium' atau tempat khas untuk menyimpan tulang2 'devotees' yang telah mati. Cadangan adalah untuk membina sebuah 'crematorium' dan tempat menyimpan tulang ala2 tembok besar China mengelilingi bukit wat ini. Halaman wat di bahagian bawah adalah tidak sesuai kerana sering berlaku banjir besar sehingga menenggelamkan hampir seluruh halaman wat. Bahagian atas puncak bukit pula amat terhad dengan struktur yang sedia ada. Dengan itu cadangan tempat menyimpan tulang ala2 tembok besar Cina mengelilingi bukit Wat merupakan alternatif yang terbaik dan bakal menjadi tarikan pelancung sepertimana tembok besar China, salah satu benda ajaib di dunia. Anggaran kos pembinaan dalam RM300,000. Jika ada NGO atau orang perseorangan yang ingin 'sponsor' atau menyumbang untuk projek ini sila hubungi Phra Sumetho (Chao Boy), 016-5062092 atau 017-5093406 untuk derma ikhlas anda.


Ini merupakan halaman wat berhampiran dengan Sungai yang mengalir di tepi wat ini. Sungai ini sering melimpah ketika hujan lebat dan musim banjir menyebabkan hampir seluruh halaman wat di tenggelami air dan menjejaskan hubungan pengangkutan ke wat ini.



Gambar atas merupakan tapak Loy Khra Thong yang merupakan benteng pasir yang pastinya akan sentiasa berubah setiap kali air bah. Setiap kali perayaan Loy Khra Thong walaupun disambut meriah namun benteng pasir dan lumpur ini akan menyebabkan halaman Wat menjadi becak dan tidak selesa untuk 'devotees' dan pengunjung ke wat ini. Cadangan adalah untuk membina tapak Loy Khra Thong dengan menggunakan lepaan simen/ceramic bertembok supaya jalan tidak becak dan perayaan Loy Khra Thong dapat dilangsungkan walaupun banjir melanda kawasan wat ini. Anggaran kos pembinaan dalam RM200,000 meliputi pembinaan tapak Loy Khra Thong dan tembok penghalang banjir. Jika ada NGO atau 'devotees' yang berhati mulia dan ingin 'sponsor' projek ini sila hubungi Phra Sumetho (Chao Boy) untuk menghulurkan derma ikhlas anda.




Pertemuan dua sungai di muara persimpangan sungai di Pondok Tanjung. Dipercayai nama asal Wat ini diambil sempena pentembungan dua sungai ini. Sebelum dikenali sebagai Wat Deva Raja Banphot wat ini dikenali sebagai Wat ChonKhiri, iaitu nama sempena pertembungan dua sungai di hadapan berhampiran dengan wat.



'View' kampung Pondok Tanjung yang diambil dari atas puncak bukit wat. Dari jauh kelihatan menara Celcom di atas puncak bukit milik ladang Foong Lee estate. Pondok Tanjung dikelilingi oleh 3 ladang kelapa sawit yang besar beserta dengan hutan simpan di kawasan utara yang dikenali sebagai Hutan Simpan Pondok Tanjung yang sudah berusia lebih dari 1000 tahun. Lebih kurang 1700 hektar dari hutan simpan ini telah dijadikan pusat ternakan kambing Boer Nasional.



Ini juga 'view' yang diambil dari atas bukit wat. Dari sini jelas kelihatan jambatan keretapi yang merentasi kampung ini untuk menuju ke Kuala Lumpur arah selatan dan Butterworth arah utara. Jambatan keretapi yang kelihatan ini ada dipaparkan dalam internet kerana ianya dibina oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Eropah dan menggunakan teknologi terkini dalam menghasilkan jambatan moden ini. http://keretapi.mymalaya.com/details.php