Tuesday, April 21, 2009

Upacara Penghormatan Terakhir(Memorial Function) - Phra Khru Baidikar Kemiyo


Penghormatan terakhir untuk Phra Khru Baidikar Kemiyo (Late Ven. Rev. Tan)

Bersemadinya seorang ketua sami yang telah banyak menyumbang jasa kepada negara Malaysia, negeri Perak serta masyarakat Bhuddha khususnya.

'Phan' beserta set jubah kuning (Pha Trei) sebagai lambang pemergian seorang bhikku(sami).

Jutaan terimakasih atas sumbangan bunga2an dari devotees.

'Bath' dan surat watikah sebagai lambang seorang bikkhu(sami) yang sah hingga saat2 terakhir.

Di atas singgahsana diiringi doa semoga aman bersemadi di Nirwana..

Perginya sorang Ketua Sami yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan Wat Deva Raja Banphot Pondok Tanjung Perak.

Harimau mati meninggalkan belang..manusia mati meninggalkan nama..perginya seorang bikkhu(sami) meninggalkan ajaran buddha untuk manusia sejagat semesta alam..

Phromma cak loka thi patti saham pattik..memohon doa dari bikkhu semoga yang pergi dirahmati hendaknya..

Imang pattang patthak khanang patti ka ha mak..sesenduk nasi buat yang sudah pergi..

Vipati patik pahayak..sappa sam pattik sitthiyak..semoga semuanya beroleh kesejahteraan dan dijauhi dari mara bahaya..

Imina punyak kamena..ithang no yatinang hontu, sukitta hontu, ya tayo..'sharing of merit'..truat nam pengiring doa sebagai acara penutup bagi upacara penghormatan terakhir untuk Phra Khru Baidikar Kemiyo (Late Ven. Rev. Tan)

Phra Khru Baidikar Kemiyo (Late Ven. Rev. Tan)telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada 23hb March 2009 di Hospital Besar Taiping. Phra Khru meninggal dunia kerana mengidap penyakit kencing manis dan mengalami kegagalan buah pinggang yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna sehingga perlu membuat rawatan dialisis sebelum beliau meninggal pada usia 50 tahun.

Semasa hayat beliau, Phra Khru merupakan "Life Member" dengan World Buddhist Sangha iaitu badan induk agama Buddha sedunia. Beliau juga pernah dijemput untuk membentangkan kertas kerja tentang agama Buddha di salah satu seminar yang dianjurkan oleh World Bhuddist Sangha yang diadakan di Singapura.

Kepada masyarakat setempat, Phra Khru merupakan seorang ketua sami yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan setempat. Beliau sentiasa menyokong usaha2 untuk memajukan masyarakat dan menjaga keamanan penduduk setempat seperti KRT kampung Pondok Tanjung dan sering menderma untuk aktiviti di sekolah dan masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau juga sentiasa mengikuti perkembangan hal ehwal semasa dan sentiasa membantu dan menyokong usaha kerajaan untuk pembangunan dan kemajuan masyarakat setempat.Beliau juga menjadi sahabat baik kepada YB kawasan Bt Kurau dan rakan2 seperjuangan seperti YB Raja Ahmad, YB Datuk Kapten (B) Najmuddin, YB Jafri dan lain2 lagi.

Sumbangan dari kerajaan Barisan Nasional atas bantuan dan kerjasama dari YB Raja Ahmad, YB Datuk Kapten (B) Najmuddin & YB Jafri bukan sedikit untuk wat ini. Salah satu dari sumbangan yang amat berharga dari kerajaan Barisan Nasional ialah sumbangan jalan tar dari jalan besar masuk ke halaman wat yang merupakan projek fasa 1 ketika YB Raja Ahmad menjadi Adun Bt Kurau, manakala projek fasa 2 atas usaha YB Jafri pula sumbangan jalan tar dari halaman wat naik ke puncak bukit Wat Deva Raja Banphot dan yang terkini ialah projek fasa 3 yang disumbangkan oleh kerajaan Barisan Nasional atas usaha YB Datuk Kapten (B) Najmuddin untuk menurap halaman wat untuk mengelakkan halaman wat menjadi becak di hari hujan. Jumlah bantuan untuk ke tiga2 fasa dianggarkan lebih kurang RM50,000. Bantuan dan sumbangan dari YB2 dan kerajaan Barisan Nasional amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terimakasih.

Semasa wakil dari YB Datuk Kapten (B) Najmuddin menziarah upacara penghormatan terakhir Phra Khru, wakil YB ada mengusulkan untuk membantu wat menyediakan kemudahan bilik air dan tandas kerana kemudahan yang ada sekarang terlalu daif dan sudah rosak. Ketua pemuda UMNO Pondok Tanjung, En Zul mengusulkan bantuan sebanyak RM30,000 untuk membantu wat menyediakan kemudahan asas ini. Diharap YB2 dapat membantu sekali lagi untuk menjayakan projek kemudahan asas ini secepat mungkin.

Phra Khru Baidikar Kemiyo juga pernah dijemput bagi rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 bersama dengan YB Datuk Kapten(B) Najmuddin sebagai tetamu jemputan untuk memberi pendapat dan membicarakan tentang perpaduan kaum di Malaysia.




Phra Khru telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh ke bawah duli yang maha mulia Sultan Perak sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau kepada masyarakat setempat.










Setiap tahun sempena perayaan Loy Khra Thong, Phra Khru akan menjemput YB Adun Bt Kurau bermula dari era YB Raja Ahmad, YB Jafri hinggalah ke era YB Datuk Kapten(B) Najmuddin sekarang untuk merasmikan pesta kebudayaan Loy Khra Thong yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa atau latar belakang mereka.

Baik Siam, Cina, India mahupun orang Melayu semua berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan setiap perayaan kebudayaan Loy Khra Thong yang diadakan di Wat Deva Raja Banphot ini. Masakan khas yang dimasak untuk orang Melayu oleh tukang masak Melayu dalam setiap perayaan kebudayaan Loy Khra Thong di wat ini semasa hayat Phra Khru merupakan sesuatu yang amat istimewa sebagai tanda menghormati masyarakat Melayu dan orang Islam yang bertandang ke wat ini. Ianya amat unik dan tidak mungkin ada di wat2 lain setakat ini di Malaysia.

Wat ini sering menjadi idola sebagai satu tempat suci yang unik dimana semua kaum dapat berkumpul dan bekerja sama antara semua kaum yang ada di bumi Malaysia yang tercinta ini. Inilah hasil peninggalan dari Phra Khru Baidikar Kemiyo(Late Ven. Rev. Tan) yang tidak terhingga nilainya dalam menyatu padukan semua kaum yang ada di sini.

Pemergian beliau umpama hilangnya sebutir bintang kepada negara Malaysia dan khasnya kepada negeri Perak Darul Ridzuan serta khususnya kepada masyarakat beragama Bhuddha. Semoga Phra Khru akan bersemadi dengan aman dan akan mencapai Nirwana hendaknya.

Sebagai ganti kepada bintang yang telah pergi, pemangku beliau Phra Sumetho(Chao Boy) telah dilantik oleh panel induk agama Bhudda yang terdiri dari Ketua2 Sami berpangkat tinggi untuk menjadi ketua sami yang baru bagi Wat Deva Raja Banphot, Pondok Tanjung,Perak. Upacara perlantikan telah dilakukan sejurus sebelum upacara penutup penghormatan dilangsungkan. Sila ikuti biografi Phra Sumetho(Chao Boy) dalam halaman akan datang dalam masa yang terdekat ini.

Note: Pls send email to watdevarajabanphot@gmail.com if you require any translation of the above synopsis, biography and story line into English. Barring any unforeseen circumstances, the Editor team will try their best to fulfil all devotees request... sadhu...3x








Posted by Wat Deva Raja Banphot Pondok Tanjung at Monday, April 20, 2009 0 comments Links to this post
Labels:
Subscribe to: Posts (Atom)