Monday, May 4, 2009

Wat Deva Raja Banphot Calendar - Next Event


8/5/2009 - Wesak Day Eve - Wat Deva Raja Banphot wish to invite all devotees to the temple for the Wesak Day Eve prayers. Light refreshments will be served. (Wat Deva Raja Banphot ingin menjemput semua penganut agama Buddha untuk ke wat bagi mengikuti upacara sembahyang bagi menyambut Hari Wesak. Jamuan ringan akan disediakan)

9/5/2009 - Happy Wesak Day. All devotees are welcome to wesak day celebration. Event will start from 10am until 8pm. Lunch and light refreshments will be served for all devotees. Bring your family for blessings and auspicious prayers. Our Meditation Group also will organise 3 days Meditation Camp in conjunction with Wesak Day celebration. If you are interested to participate, please do not hesitate to contact our Chief Monk, Phra Sumetho(Chao Boy) for registration.

(Selamat Hari Wesak. Semua dijemput ke wat untuk menyambut Hari Wesak. Upacara akan bermula dari pukul 10 pagi hingga ke 8 malam. Jamuan tengahari dan jamuan ringan akan disediakan untuk semua. Datanglah beramai - ramai untuk upacara sembahyang dan doa serta menyerikan lagi aturcara yang dijadualkan. Sempena menyambut Hari Wesak, upacara meditasi akan dijalankan selama 3 hari. Jika anda berminat untuk 'Ther Sin'(meditasi), sila hubungi Ketua Sami, Phra Sumetho(Chao Boy) untuk pendaftaran).

10/5/2009 -49th day of memorial function for the late abbot of Wat Deva Raja Banphot, Phra Khru Baidikar Kemiyo. All devotees are welcome to the prayers and sharing of merits for our beloved late Phra Khru.

(Genap 49 hari selepas upacara penghormatan terakhir bagi Phra Khru Baidikar Kemiyo, mantan ketua sami Wat Deva Raja Banphot. Semua dijemput hadir untuk upacara penghormatan dan sembahyang sempena genap 49 hari Phra Khru).

Sunday, May 3, 2009

Gambar Persekitaran & Binaan di dalam kawasan Wat Deva Raja Banphot

Pemandangan dan Binaan diatas puncak bukit Wat Deva Raja Banphot


Sisa2 runtuhan binaan lama yang dipercayai berusia lebih dari 100 tahun dan kini batu2 yang kelihatan kekuningan di dalam gambar ini kian lenyap diselaputi akar pohon Bo yang kian membesar.


Sisa tinggalan lama yang nampak kekuningan ini dipercayai tapak asal wat yang berada di atas bukit Wat Deva Raja Banphot yang dikatakan telah dibina oleh pembesar dan Raja Siam ketika memerintah utara Tanah Melayu suatu masa dahulu. Diharap suatu hari nanti akan ada pakar archaelogy atau antikuiti muzium yang akan membuat kajian tentang wat purba ini.



Ramai yang mendakwa kawasan tinggalan wat purba ini 'saksit' (keramat) dan keras tempatnya. Seperti yang diceritakan oleh penduduk kampung, pernah ada orang cuba bermain judi di kawasan ini tetapi telah diganggu oleh sesuatu yang aneh sehingga semuanya lari bertempiaran.



Pohon Bo yang diselimuti kain kuning ini semakin membesar sehinggakan batu2 purba berwarna kekuningan itu kian lenyap di telan pohon Bo.




Phra Sunthorn atau dikenali oleh sesetengah orang sebagai Luang Phor Sunthorn kini mendiami di tengah2 tinggalan batu2 purba yang kian lenyap ditelan pohon2 Bo yang kian membesar dan tumbuh hijau merendang di atas bukit Wat Deva Raja Banpot.



Phra Cinnarat dan binaan bertiang empat ini merupakan antara binaan terawal yang ada di atas bukit Wat Deva Raja Banphot ini.

Luang Phor bersemadi di dalam binaan berbentuk gua di atas bukit Wat Deva Raja Banphot..ramai orang yang berhajat di sini...dengar kata ramai yang hajat mereka dimakbulkan oleh Luang Phor. Samadhi (Meditation) di sini amat mendamaikan terutamanya pada waktu malam.


Nang Kuan Yin (Goddes of Mercy) ini merupakan sumbangan dari seorang 'devotees' dari Pulau Pinang. Struktur Kuan Yin ini diperbuat dari fiber dan di datangkan khas dari Vietnam. Struktur yang melindungi Kuan Yin ini merupakan stuktur yang menggunakan corak dan kesenian Thai menggunakan khidmat pakar dari Thailand. Kos pembinaan struktur ini dalam lingkungan RM8O,OOO dan ianya didermakan oleh ramai 'devotees' yang dermawan. Wat Deva Raja Banphot mengucapkan jutaan terimakasih atas sumbangan dari semua sehingga menjayakan perasmian Kuan Yin(Goddes of Mercy) oleh wakil dari YB Datuk Ong Kar Chuan selaku Ketua MCA Perak. Semasa majlis perasmian, Datuk Ong Kar Chuan telah menderma RM30,000 kepada Wat Deva Raja Banphot.





Phra Phrom dan binaan senibina Thai ini merupakan struktur terkini yang ada di atas bukit Wat Deva Raja Banphot ini. Ianya didermakan oleh salah seorang 'devotees' yang dermawan dan beliau sentiasa membantu wat kecil dan terpencil ini yang serba kekurangan dari banyak segi.



Ini merupakan pandangan dari atas bukit wat. Di pertengahan bukit ini terbinanya 'kutti' dewan sembahyang yang amat kecil dan cuma boleh menampung lebih kurang 50 orang 'devotees'. Keadaan 'kutti' ini amat daif dan terlalu lama, ianya perlu diperbaiki ataupun dibina semula sebuah dewan yang lebih besar ataupun bangunan 'kuti' untuk menampung jumlah 'devotees' yang kian bertambah. Diharap ada dermawan atau pun NGO yang sudi untuk membantu wat ini membina sebuah 'kutti' yang baru. Anggaran kos pembinaan dalam RM300,000. Sumbangan boleh disalurkan kepada Phra Sumetho (Chao Boy) selaku Ketua Sami Wat Deva Raja Banphot yang sah. Chao Boy boleh dihubungi dengan telefon 016-5062092 atau 017-5093406.




Ini merupakan tempat tinggal sami yang amat daif, kecil, dan akan dimasuki air ketika hari hujan lebat. Jika bangunan baru 2 tingkat dapat dibina, maka bahagian atas dapat digunakan untuk penginapan sami dan bahagian bawah dapat dijadikan sebagai dewan sembahyang untuk orang - ramai.





Gambar atas merupakan tempat penyimpanan tulang orang mati yang memilih untuk bersemadi di Wat Deva Raja Banphot, Pondok Tanjung. Ianya dibina sendiri oleh orang individu dan waris2 mereka dengan menggunakan duit mereka sendiri. Setakat ini Wat tidak mempunyai 'crematorium' atau tempat khas untuk menyimpan tulang2 'devotees' yang telah mati. Cadangan adalah untuk membina sebuah 'crematorium' dan tempat menyimpan tulang ala2 tembok besar China mengelilingi bukit wat ini. Halaman wat di bahagian bawah adalah tidak sesuai kerana sering berlaku banjir besar sehingga menenggelamkan hampir seluruh halaman wat. Bahagian atas puncak bukit pula amat terhad dengan struktur yang sedia ada. Dengan itu cadangan tempat menyimpan tulang ala2 tembok besar Cina mengelilingi bukit Wat merupakan alternatif yang terbaik dan bakal menjadi tarikan pelancung sepertimana tembok besar China, salah satu benda ajaib di dunia. Anggaran kos pembinaan dalam RM300,000. Jika ada NGO atau orang perseorangan yang ingin 'sponsor' atau menyumbang untuk projek ini sila hubungi Phra Sumetho (Chao Boy), 016-5062092 atau 017-5093406 untuk derma ikhlas anda.


Ini merupakan halaman wat berhampiran dengan Sungai yang mengalir di tepi wat ini. Sungai ini sering melimpah ketika hujan lebat dan musim banjir menyebabkan hampir seluruh halaman wat di tenggelami air dan menjejaskan hubungan pengangkutan ke wat ini.



Gambar atas merupakan tapak Loy Khra Thong yang merupakan benteng pasir yang pastinya akan sentiasa berubah setiap kali air bah. Setiap kali perayaan Loy Khra Thong walaupun disambut meriah namun benteng pasir dan lumpur ini akan menyebabkan halaman Wat menjadi becak dan tidak selesa untuk 'devotees' dan pengunjung ke wat ini. Cadangan adalah untuk membina tapak Loy Khra Thong dengan menggunakan lepaan simen/ceramic bertembok supaya jalan tidak becak dan perayaan Loy Khra Thong dapat dilangsungkan walaupun banjir melanda kawasan wat ini. Anggaran kos pembinaan dalam RM200,000 meliputi pembinaan tapak Loy Khra Thong dan tembok penghalang banjir. Jika ada NGO atau 'devotees' yang berhati mulia dan ingin 'sponsor' projek ini sila hubungi Phra Sumetho (Chao Boy) untuk menghulurkan derma ikhlas anda.




Pertemuan dua sungai di muara persimpangan sungai di Pondok Tanjung. Dipercayai nama asal Wat ini diambil sempena pentembungan dua sungai ini. Sebelum dikenali sebagai Wat Deva Raja Banphot wat ini dikenali sebagai Wat ChonKhiri, iaitu nama sempena pertembungan dua sungai di hadapan berhampiran dengan wat.



'View' kampung Pondok Tanjung yang diambil dari atas puncak bukit wat. Dari jauh kelihatan menara Celcom di atas puncak bukit milik ladang Foong Lee estate. Pondok Tanjung dikelilingi oleh 3 ladang kelapa sawit yang besar beserta dengan hutan simpan di kawasan utara yang dikenali sebagai Hutan Simpan Pondok Tanjung yang sudah berusia lebih dari 1000 tahun. Lebih kurang 1700 hektar dari hutan simpan ini telah dijadikan pusat ternakan kambing Boer Nasional.



Ini juga 'view' yang diambil dari atas bukit wat. Dari sini jelas kelihatan jambatan keretapi yang merentasi kampung ini untuk menuju ke Kuala Lumpur arah selatan dan Butterworth arah utara. Jambatan keretapi yang kelihatan ini ada dipaparkan dalam internet kerana ianya dibina oleh sebuah syarikat yang berpengkalan di Eropah dan menggunakan teknologi terkini dalam menghasilkan jambatan moden ini. http://keretapi.mymalaya.com/details.php



























































































































































































Friday, April 24, 2009

Wong Cei San - Kumpulan Krong Yau Pondok Tanjung

Kumpulan Krong Yau - Wong Cei San dari Pondok Tanjung pernah menyandang Naib Juara dalam pertandingan krong yau seluruh negara Malaysia yang diadakan di Wat Pulau Tikus, Pulau Pinang. Pertandingan Krong Yau itu diadakan sempena pesta Songkran yang dirasmikan oleh En. Siri Neng Buah

Terbaru...video krong yau yang diambil semasa hari wai khru..upacara sembahyang tahunan yang sudah menjadi kemestian bagi orang Siam yang masih berpegang teguh dengan amalan menghormati dan sembahyang guru....ianya amat mistik..dan penuh dengan misteri nusantara... namun ianya kekayaan artistik kebudayaan Siam yang tiada tolok bandingnya.

Kumpulan Krong Yau -Wong Cei San mula buka panggung..kalau anda pernah menari krong yau..lagu ini pasti membuat anda tidak senang duduk.

Kumpulan Krong yau - Wong Cei San menyanyikan lagu selingan.....

Upacara penuh mistik dan penuh dengan misteri nusantara sedang bermula....awas..anda dinasihat tidak menonton jika tidak kuat semangat..

Upacara Tahunan - Meditation Group

'Meditation Group' Wat Deva Raja Banphot lazimnya akan mengadakan upacara 'Ther Sin" dan samadhi(meditasi) beberapa kali dalam setahun. 'Devotees' yang turut serta ada yang datang dari Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan dari kampung2 yang berhampiran. Upacara 'Ther Sin'(meditasi) yang akan datang ialah semasa hari Wesak. Jika ada yang berminat, sila hubungi Ketua Sami Wat Deva Raja Banphot, Phra Sumetho(Chau Boy) 016-5062092 atau 017-5093406 untuk turut serta.
Gambar upacara 'Ther Sin'(meditasi) yang telah dijalankan pada tahun2 lepas dipaparkan seperti yang dijanjikan.


Wat Deva Raja Banphot menganjurkan 'Ther Sin' atau "Meditation Camp" setiap tahun untuk 'devotees' yang ingin bermeditasi di wat yang tenang dan mendamaikan ini dengan pemandangan menghijau..sesejuk saujana mata memandang..

'Meditation Group' sedang belajar 'chanting' sutra2 dalam bahasa pali..

Samadi...atau meditasi di depan gua tempat samadi Luang Phor amat mendamaikan terutamanya pada waktu malam...sejuk dan tenang..
Anda ada berani?...si cilik ini...walaupun bertubuh kecil tetapi berani samadhi(meditasi) di bawah pohon Bo di kawasan bekas tinggalan wat purba ini..tapi awas...disini ada banyak ular tedung (cobra) tetapi tidak pernah mengganggu sesiapa...jarang dapat dilihat...tetapi ada yang pernah jumpa..
Salah seorang dari ahli kumpulan meditasi...tengah posing berhampiran Luang Phor Sunthorn.

Kemah(tent) digunakan untuk melindungi dari hujan, bahaya serangga atau haiwan merayap seperti kala jengking, lipan dan ular...Sempat lagi member sorang ni posing depan 'ta thit'...one of the wonders in this temple...datang sini baru boleh cerita....rahsia!!!!!!


Siap sedia depan kemah(tent) untuk pergi 'den cong krom' (walking meditation). Kemah2 ini didirikan di tepi sungai diatas ban di belakang wat...tempat ini dikatakan keras kerana tempat ini dipercayai perkampungan 'Khon Than'(orang bunian). Menurut orang tua2 disini 'Khon Than'(orang bunian) sering datang membantu kerja2 wat semasa perayaan wat suatu masa dahulu, malahan mereka meminjamkan pinggan mangkuk mereka untuk majlis wat..pelik tapi benar..terpulang kepada anda samada nak percaya atau tidak...datang dan alami sendiri pengalaman 'Ther Sin' di sini...ada brani?????

Ada juga member yang nak samadhi bawah pokok durian....tapi awas.... sekarang musim durian di wat deva raja banphot ini....jaga2...nanti durian timpa kepala...



















































































































































New Chief Monk (Ketua Sami Baru) - Phra Sumetho (Chao Boy)

Phra Sumetho (Chao Boy) sedang melakukan upacara 'Thawai Chi Won' untuk 2 orang 'devotees' di bawah pohon Bo (Bodhi Tree)

Gambar penuh khas untuk laman web http://watdevarajabanphot.blogspot.com/


Phra Sumetho (Chao Boy) telah dilantik dengan rasminya pada 27hb March 2009 sebagai Ketua Sami Wat Deva Raja Banphot oleh panel panitia pemilihan yang diwakili oleh Ketua2 sami berpangkat tinggi di Malaysia. Phra Sumetho(Chao Boy) telah menjadi sami selama 10 phansa dan merupakan anak tempatan Wat Deva Raja Banphot. Sebelum menjadi sami, Chao Boy telah melanjutkan pelajaran sehingga ke TAR College dalam bidang Diploma Perakaunan (Diploma in Accountancy). Beliau telah menjadi sami sebaik sahaja tamat pengajian dengan TAR College.

Beliau telah menjadi pembantu dan pemangku kepada Phra Khru Baidikar Kemiyo selama 10 tahun dan merupakan calon yang paling layak untuk diangkat sebagai Ketua Sami yang baru. Di harap semua penganut(devotees) agama Buddha akan memberi bantuan dan menyokong Chao Boy dalam usaha menguruskan hal ehwal Wat Deva Raja Banphot dan hal2 keagamaan semoga wat ini akan terus maju di masa akan datang.


Contact Point (Name Card) for Phra Sumetho (Chao Boy) as follows:-



Phra Sumetho (Chao Boy)
H/P : 016-5062092 & 017-5093406
Email : watdevarajabanphot@gmail.com
Website : watdevarajabanphot.blogspot.com
Address: 2615, Jalan Sekolah, Pondok Tanjung, 34010 Taiping, Perak, Malaysia

Akan datang..sila ikuti kata - kata aluan dari Phra Sumetho (Chao Boy) selaku ketua sami Wat Deva Raja Banphot di masa hadapan bila beliau ada kelapangan:-

Tuesday, April 21, 2009

Upacara Penghormatan Terakhir(Memorial Function) - Phra Khru Baidikar Kemiyo


Penghormatan terakhir untuk Phra Khru Baidikar Kemiyo (Late Ven. Rev. Tan)

Bersemadinya seorang ketua sami yang telah banyak menyumbang jasa kepada negara Malaysia, negeri Perak serta masyarakat Bhuddha khususnya.

'Phan' beserta set jubah kuning (Pha Trei) sebagai lambang pemergian seorang bhikku(sami).

Jutaan terimakasih atas sumbangan bunga2an dari devotees.

'Bath' dan surat watikah sebagai lambang seorang bikkhu(sami) yang sah hingga saat2 terakhir.

Di atas singgahsana diiringi doa semoga aman bersemadi di Nirwana..

Perginya sorang Ketua Sami yang telah banyak menyumbang kepada kemajuan Wat Deva Raja Banphot Pondok Tanjung Perak.

Harimau mati meninggalkan belang..manusia mati meninggalkan nama..perginya seorang bikkhu(sami) meninggalkan ajaran buddha untuk manusia sejagat semesta alam..

Phromma cak loka thi patti saham pattik..memohon doa dari bikkhu semoga yang pergi dirahmati hendaknya..

Imang pattang patthak khanang patti ka ha mak..sesenduk nasi buat yang sudah pergi..

Vipati patik pahayak..sappa sam pattik sitthiyak..semoga semuanya beroleh kesejahteraan dan dijauhi dari mara bahaya..

Imina punyak kamena..ithang no yatinang hontu, sukitta hontu, ya tayo..'sharing of merit'..truat nam pengiring doa sebagai acara penutup bagi upacara penghormatan terakhir untuk Phra Khru Baidikar Kemiyo (Late Ven. Rev. Tan)

Phra Khru Baidikar Kemiyo (Late Ven. Rev. Tan)telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada 23hb March 2009 di Hospital Besar Taiping. Phra Khru meninggal dunia kerana mengidap penyakit kencing manis dan mengalami kegagalan buah pinggang yang tidak dapat berfungsi dengan sempurna sehingga perlu membuat rawatan dialisis sebelum beliau meninggal pada usia 50 tahun.

Semasa hayat beliau, Phra Khru merupakan "Life Member" dengan World Buddhist Sangha iaitu badan induk agama Buddha sedunia. Beliau juga pernah dijemput untuk membentangkan kertas kerja tentang agama Buddha di salah satu seminar yang dianjurkan oleh World Bhuddist Sangha yang diadakan di Singapura.

Kepada masyarakat setempat, Phra Khru merupakan seorang ketua sami yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan setempat. Beliau sentiasa menyokong usaha2 untuk memajukan masyarakat dan menjaga keamanan penduduk setempat seperti KRT kampung Pondok Tanjung dan sering menderma untuk aktiviti di sekolah dan masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau juga sentiasa mengikuti perkembangan hal ehwal semasa dan sentiasa membantu dan menyokong usaha kerajaan untuk pembangunan dan kemajuan masyarakat setempat.Beliau juga menjadi sahabat baik kepada YB kawasan Bt Kurau dan rakan2 seperjuangan seperti YB Raja Ahmad, YB Datuk Kapten (B) Najmuddin, YB Jafri dan lain2 lagi.

Sumbangan dari kerajaan Barisan Nasional atas bantuan dan kerjasama dari YB Raja Ahmad, YB Datuk Kapten (B) Najmuddin & YB Jafri bukan sedikit untuk wat ini. Salah satu dari sumbangan yang amat berharga dari kerajaan Barisan Nasional ialah sumbangan jalan tar dari jalan besar masuk ke halaman wat yang merupakan projek fasa 1 ketika YB Raja Ahmad menjadi Adun Bt Kurau, manakala projek fasa 2 atas usaha YB Jafri pula sumbangan jalan tar dari halaman wat naik ke puncak bukit Wat Deva Raja Banphot dan yang terkini ialah projek fasa 3 yang disumbangkan oleh kerajaan Barisan Nasional atas usaha YB Datuk Kapten (B) Najmuddin untuk menurap halaman wat untuk mengelakkan halaman wat menjadi becak di hari hujan. Jumlah bantuan untuk ke tiga2 fasa dianggarkan lebih kurang RM50,000. Bantuan dan sumbangan dari YB2 dan kerajaan Barisan Nasional amatlah dihargai dan diucapkan jutaan terimakasih.

Semasa wakil dari YB Datuk Kapten (B) Najmuddin menziarah upacara penghormatan terakhir Phra Khru, wakil YB ada mengusulkan untuk membantu wat menyediakan kemudahan bilik air dan tandas kerana kemudahan yang ada sekarang terlalu daif dan sudah rosak. Ketua pemuda UMNO Pondok Tanjung, En Zul mengusulkan bantuan sebanyak RM30,000 untuk membantu wat menyediakan kemudahan asas ini. Diharap YB2 dapat membantu sekali lagi untuk menjayakan projek kemudahan asas ini secepat mungkin.

Phra Khru Baidikar Kemiyo juga pernah dijemput bagi rancangan Selamat Pagi Malaysia di RTM1 bersama dengan YB Datuk Kapten(B) Najmuddin sebagai tetamu jemputan untuk memberi pendapat dan membicarakan tentang perpaduan kaum di Malaysia.




Phra Khru telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) oleh ke bawah duli yang maha mulia Sultan Perak sebagai pengiktirafan atas sumbangan beliau kepada masyarakat setempat.










Setiap tahun sempena perayaan Loy Khra Thong, Phra Khru akan menjemput YB Adun Bt Kurau bermula dari era YB Raja Ahmad, YB Jafri hinggalah ke era YB Datuk Kapten(B) Najmuddin sekarang untuk merasmikan pesta kebudayaan Loy Khra Thong yang dihadiri oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa atau latar belakang mereka.

Baik Siam, Cina, India mahupun orang Melayu semua berganding bahu dan bekerjasama untuk menjayakan setiap perayaan kebudayaan Loy Khra Thong yang diadakan di Wat Deva Raja Banphot ini. Masakan khas yang dimasak untuk orang Melayu oleh tukang masak Melayu dalam setiap perayaan kebudayaan Loy Khra Thong di wat ini semasa hayat Phra Khru merupakan sesuatu yang amat istimewa sebagai tanda menghormati masyarakat Melayu dan orang Islam yang bertandang ke wat ini. Ianya amat unik dan tidak mungkin ada di wat2 lain setakat ini di Malaysia.

Wat ini sering menjadi idola sebagai satu tempat suci yang unik dimana semua kaum dapat berkumpul dan bekerja sama antara semua kaum yang ada di bumi Malaysia yang tercinta ini. Inilah hasil peninggalan dari Phra Khru Baidikar Kemiyo(Late Ven. Rev. Tan) yang tidak terhingga nilainya dalam menyatu padukan semua kaum yang ada di sini.

Pemergian beliau umpama hilangnya sebutir bintang kepada negara Malaysia dan khasnya kepada negeri Perak Darul Ridzuan serta khususnya kepada masyarakat beragama Bhuddha. Semoga Phra Khru akan bersemadi dengan aman dan akan mencapai Nirwana hendaknya.

Sebagai ganti kepada bintang yang telah pergi, pemangku beliau Phra Sumetho(Chao Boy) telah dilantik oleh panel induk agama Bhudda yang terdiri dari Ketua2 Sami berpangkat tinggi untuk menjadi ketua sami yang baru bagi Wat Deva Raja Banphot, Pondok Tanjung,Perak. Upacara perlantikan telah dilakukan sejurus sebelum upacara penutup penghormatan dilangsungkan. Sila ikuti biografi Phra Sumetho(Chao Boy) dalam halaman akan datang dalam masa yang terdekat ini.

Note: Pls send email to watdevarajabanphot@gmail.com if you require any translation of the above synopsis, biography and story line into English. Barring any unforeseen circumstances, the Editor team will try their best to fulfil all devotees request... sadhu...3x








Posted by Wat Deva Raja Banphot Pondok Tanjung at Monday, April 20, 2009 0 comments Links to this post
Labels:
Subscribe to: Posts (Atom)