Wat Deva Raja Banphot Pondok Tanjung Perak

Wat Deva Raja Banphot merupakan salah satu dari wat Siam yang tertua di Perak. Ianya berusia lebih dari 100 tahun dan telah wujud sebelum zaman pendudukan Inggeris dan Jepun di Tanah Melayu dahulu. Wat ini telah wujud sejak zaman pembesar dan Raja Siam mentadbir utara Tanah Melayu suatu masa dahulu dan dipercayai pada asalnya wat ini telah dibina oleh pembesar dan Raja Siam pada waktu itu.

Friday, August 2, 2013

Congratulations Phra Baidika Kemiyo

Wat Deva Raja Banphot at Friday, August 02, 2013 No comments:
‹
›
Home
View web version

One of The Oldest Thai Bhuddist Temple in Perak

My photo
Wat Deva Raja Banphot
Taiping, Perak, Malaysia
Wat Deva Raja Banphot merupakan salah satu dari wat Siam yang tertua di Perak. Dipercayai ianya berusia lebih dari 100 tahun dan telah wujud sebelum zaman pendudukan Inggeris dan Jepun di Tanah Melayu dahulu. Seperti yang diceritakan oleh orang tua2 di kampung Pondok Tanjung, wat ini telah wujud sejak zaman pembesar dan Raja Siam mentadbir utara Tanah Melayu dahulu. Ketika mula2 wat ini dibuka wujud lebih kurang 300 rumah orang Siam di sekitar kawasan wat pada waktu itu. Namun ramai orang Siam telah lari meninggalkan kampung ini ketika pendudukan Jepun. Ketika itu, orang2 Siam telah menanam pinggan mangkuk milik wat dan alatan2 berhampiran wat di tepi sungai. Bukti yang ditemui mengiyakan cerita itu kerana bila anak2 muda menyelam ikan di Sungai di tepi wat mereka ada terjumpa pinggan mangkuk lama yang amat antik dan rupa bentuk nya amat berbeza dari pinggan mangkuk yang kita guna hari ini. Bukti yang kedua ialah saki baki batu bata bekas runtuhan binaan lama diatas bukit wat ini yang dipercayai telah dibina oleh pembesar dan Raja Siam yang memerintah utara Tanah Melayu ketika itu.
View my complete profile
Powered by Blogger.